garis lampu

kedip-kedipKURSUS KOMPUTERkedip-kedip

garis silau

MODUL 1 KELAS BESTARI [RANGKAIAN DAN KOMUNIKASI DATA]

SILA KLIK PADA PILIHAN ANDA

PENGENALAN
OBJEKTIF
PENGENALAN RANGKAIAN

PENGENALAN

Rangkaian memainkan peranan yang makin penting kian hari, bukan sahaja dalam bidang perniagaan bahkan juga dalam bidang pendidikan. Melalui rangkaian maklumat-maklumat boleh dihantar dengan cepat dan berkesan, pelbagai resos juga boleh diperkongsikan. Kemudahan-kemudahan ini boleh digunakan dalam proses pembelajaran-pembelajaran sekolah bestari atau pusat-pusat latihan komputer.

OBJEKTIF

Pada akhir modul ini anda boleh :

  1. Menyenaraikan dan membezakan pelbagai rangkaian yang berkaitan.
  2. Mengenalpasti komponen-komponen dan perkakasan yang diperlukan dalam satu sistem rangkaian.
  3. Menghuraikan ciri-ciri pelbagai topologi rangkaian.
  4. Menyatakan protokol-protokol yang digunakan dalam rangkaian.
  5. Membandingkan dan membezakan dua model rangkaian iaitu model rangkaian pelayan-pengguna dan model rangkaian pengguna-sebaya.

PENGENALAN RANGKAIAN

pada amnya terdapat tiga jenis rangkaian, iaitu :

a. Rangkaian setempat -------------------- (LAN - Local Area Network)

b. Rangkaian Metropoliten ---------------- (MAN - Metropoliten Network)

c. Rangkaian Luas ------------------------ (WAN - Wide Area Network)

Fungsi utama rangkaian setempat ialah menghubungkan beberapa PC antara satu sama lain, dengan komputer kerangka utama atau komputer mini dalam satu kawasan yang agak kecil. Ia disambung melalui kabel-kabel. Biasanya rangkaian setempat digunakan dalam satu kawasan tertentu seperti dalam makmal komputer, atau pejabat-pejabat satu syarikat.

Rangkaian Metropoliten pula merupakan satu rangkaian yang meliputi kawasan geografi yang lebih besar seperti sesuatu bandar atau daerah. Ia boleh disambung melalui kabel atau talian telefon. Umpamanya menyambungkan perpustakaan dengan agensi-agensi kerajaan atau industri kilang merupakan satu contoh MAN.

Rangkaian kawasan luan (WAN) meliputi kawasan yang luas, ia disambung melalui talian-talian tertentu seperti talian telefon, kabel gentian optik, gelompong dan komunikasi satelit. Biasanya sambungan WAN melibatkan syarikat telekomunikasi Internet, Microsoft Network adalah contoh- contoh rangkaian luas.


[[BALIK]]